ORANG BERBANK KITA JUGA BERBANK
Kita Berbank Dengan Aqidah, Syari'ah Dan Ibadah
Back Cover
ISI KANDUNGAN
Kata Sambutan
Ekonomi Tumbuh Kerana Sedekah
Ekonomi Runtuh Kerana Menahan Sedekah
Kejadian Cantik Di Brunei Darussalam
Gambar-Gambar Majlis Sambutan Awal Tahun Hijriyyah 1428/2007 Kementerian Kewangan, Negara Brunei Darussalam
Buku ini adalah teks ceramah Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan sempena Sambutan Awal Tahun Hijriyyah 1428/2007 anjuran Kementerian Kewangan pada 20 Muharram, 1428 bersamaan 8 Februari, 2007 bertempat di Kementerian Kewangan, Commonwealth Drive, Jalan Kebangsaan, Negara Brunei Darussalam.
Pada hari ini kewujudan berbagai institusi kewangan Islam yang dicetuskan oleh pakar-pakar ekonomi Islam merupakan satu langkah altematif sangat murni yang sekaligus telah membebaskan umat Islam daripada lokap-lokap riba seluruh dunia. Sebelum ini umat Islam telah meringkuk di penjara riba bank-bank konvensional. Kesedaran ini adalah didorong oleh aqidah yang tinggi, sehingga mereka bangkit membawa perubahan dalam sistem kewangan Islam dan sekaligus mewujudkan perbankan Islam.
Matlamat kewujudan perbankan Islam adalah tidak sama dengan bank konvensional. Perbankan Islam didasari oleh aqidah, syari‘ah dan ibadah. Kerana itu, ia tidaklah berpaksi kepada keuntungan tanpa batas dan kepuasan sehingga berlaku monopoli, penindasan dan ketidakadilan. Aqidah, syari‘ah dan ibadah adalah teras dan paksi kewujudan perbankan Islam.
Melihat kepada kepentingan dan manfaat ilmu dan maklumat yang dihuraikan dalam ceramah berkenaan, maka pihak Jabatan Mufti Kerajaan merasa terpanggil untuk menerbitkannya dalam bentuk buku bagi sebaran dan maklumat kepada orang ramai, khususnya umat Islam.
Mudah-mudahan buku ini akan dapat memberikan ilmu dan maklumat yang berguna kepada pembaca khususnya dalam memberikan suntikan kesedaran ke arah mendukung dan mencintai sistem perbankan Islam untuk meraih keberkatan dan kemakmuran sejagat.
58 Mukasurat